Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR

Pengundi muda akan pecah tembok taasub politik M'sia: Syed Saddiq

Spekulasi kian bertiup kencang pemimpin Muda mungkin 'Kuda Trojan' untuk pecah belah PH

BASIR SISWO Dari Johor Bahru

Mar 10, 2022 | 05:30 AM



Menjelang Pilihan Raya Negeri Johor pada Sabtu ini, BERITA HARIAN bertemu pemimpin Pakatan Demokratik Malaysia (Muda), antara parti paling baru yang bertanding, dan melihat beberapa calon utama bagi jawatan Menteri Besar baru.




GOLONGAN muda, yang akan mengundi buat kali pertama dalam sejarah pilihan raya di Malaysia pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, akan menggerakkan satu perubahan besar pada arus politik pembaharuan Malaysia.



Tetapi ini tidak bermakna mereka akan memihak pada pembangkang sahaja, kata presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Abdul Rahman, dalam satu wawancara eksklusif bersama Berita Harian menjelang PRN Johor Sabtu ini.



Beliau mengatakan pergolakan ini akan berlaku kerana anak muda bersifat dinamik dan tidak taasub pada mana-mana parti politik serta lebih fokus pada pembaharuan dasar.



"Tetapi apa yang lebih penting ialah golongan muda akan memecahkan tembok ketaasuban politik di Malaysia.



"Ini akan memastikan semua parti politik, tidak kira parti establishment, parti baru, atau kerajaan dan pembangkang, akan berusaha keras untuk mewakili golongan anak muda dalam manifesto mereka, dalam perjuangannya dan pemilihan calonnya.



"Dan ini akan menyebabkan perlumbaan sihat yang akan mengangkat martabat anak muda Malaysia," ujar Syed Saddiq.



PRN Johor akan menjadi kayu ukur kematangan politik golongan muda Malaysia kerana buat kali pertama lebih 700 ribu rakyat berusia sekurang-kurangnya 18 tahun layak mengundi lusa.



Syed Saddiq, yang menjadi menteri belia dan sukan dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018, memainkan peranan penting merintis usaha Parlimen meluluskan rang undang-undang yang menurunkan usia mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.



Beliau menubuhkan Muda setelah dipecat Parti Pribumi Malaysia (Bersatu) apabila kerajaan PH tumbang berikutan Langkah Sheraton pada Februari 2020.



Bagaimanapun, kemunculan sulung parti Muda dalam PRN Johor mencetuskan beberapa kontroversi, terutama persoalan mengapa ia bernaung di bawah PH dan bukan parti Pejuang Tanahair (Pejuang) memandangkan hubungan rapat beliau dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.



Ini menimbulkan spekulasi Syed Saddiq mungkin memainkan peranan Kuda Trojan - seseorang atau benda yang menjadi helah untuk melemahkan atau menewaskan musuh atau lawan secara rahsia - dengan tujuan memecahbelahkan PH.



Ini kerana sejak kehadiran Muda, kesepakatan antara Parti Tindakan Demokrtik (DAP), Parti Amanah Rakyat (Amanah) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam PH kelihatan retak.



"Dari awal saya merupakan orang yang menggagaskan pembangkang yang bersatu padu, sehinggakan saya dibuang parti, hilang jawatan Kabinet, hilang jawatan ketua belia Armada Bersatu, kerana ingin kekalkan prinsip yang sama.



"Semasa Langkah Sheraton, saya yang bawa pimpinan tertinggi cari kata sepakat sampai ke minit terakhir. Walaupun tewas kami tetap bersama. Saya tidak lompat ke sebelah sana hingga hari ini," tegas beliau



Namun, spekulasi Kuda Trojan itu semakin bertiup kencang apabila DAP dan Amanah melakukan rundingan berasingan bwersama Muda tanpa PKR.



Ini diikuti rundingan rumit yang gagal bersama PKR hingga menyebabkan ia mengambil keputusan mencabar calon parti itu di Larkin.



Muda menampilkan tujuh calon dalam PRN Johor, termasuk di dua kawasan yang mempunyai persaingan sengit enam penjuru, iaitu Larkin dan Puteri Wangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >