Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengunduran AS dari Afghanistan petanda berakhir tugas 'polis dunia': Biden

Sep 05, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden mahu pengunduran Amerika dari Afghanistan sebagai menandakan pengakhiran peranannya sebagai 'polis dunia'.



Di sebalik trauma yang dihadapi dalam usaha-usaha menyelamat pada hari-hari terakhir pendudukan Amerika di Afghanistan sehingga 31 Ogos lalu, Encik Biden sebenarnya mahu menekankan dasar lebih penting bagi pentadbirannya - menghentikan penggerahan sumber ketenteraan besar-besaran ke seluruh dunia.



"Keputusan ini berkenaan Afghanistan bukan sekadar tentang Afghanistan," kata Encik Biden dalam ucapan yang dianggap ramai sebagai cukup bersejarah pada Selasa lalu.



"Ia tentang mengakhiri satu era operasi utama ketenteraan untuk membentuk semula negara lain.



"Hak asasi akan menjadi tumpuan utama dasar luar kita tetapi cara untuk melakukannya bukanlah dengan pengerahan tentera yang berterusan," ujarnya.



"Strategi kita harus berubah," kata pengarah Pusat Eropah di Majlis Atlantik, Encik Benjamin Haddad, yang merupakan pakar dalam hubungan rentas Atlantik, yang menganggap ucapan Encik Biden itu sebagai "salah satu ucapan cukup berkesan dalam menolak pendekatan liberalisme antarabangsa oleh mana-mana presiden Amerika dalam dekad-dekad terakhir".



Bagi rakyat Amerika yang gemar membayangkan negara mereka sebagai unik, adikuasa yang tidak dapat dikalah - memenangi Perang Dingin, dan kemudiannya menjalankan campur tangan ketenteraan di mana-mana dari Iraq ke Afrika sejak itu.



Kenyataan Encik Biden sememangnya satu kejutan. Bagi kebanyakan orang, tinjauan yang dijalankan menunjukkan 'penghijrahan' dasar Encik Biden adalah satu penerimaan popular.



Kepresidenan Encik Biden dilihat sebagai satu penolakan terhadap pentadbiran pendahulunya, Encik Donald Trump.



Ia mengemukakan pelbagai gambaran positif - dari langkah Rumah Putih kembali menyertai Perjanjian Iklim Paris dan tindakannya menghentikan pengerahan tentera Amerika - sejak Encik Biden memasuki Pejabat Bujur pada 20 Januari lalu.



Selepas dua dekad memberi tumpuan kepada Afghanistan, pengunduran Amerika minggu ini memungkinkan negara itu mengalihkan tumpuannya ke timur, di mana saingan kuasa besar China kini menjadi keutamaan nombor satu.



Sebagai petunjuk perubahan strategi Washington itu, Naib Presiden Amerika, Cik Kamala Harris telah mengadakan kunjungan ke Asia Tenggara minggu lalu, walaupun berlakunya pergolakan dalam misi pengunduran Amerika dari Afghanistan.



Lawatannya ke Singapura dan Vietnam dilihat sebagai usaha pentadbiran Encik Biden untuk meyakinkan sekutu Asia, yang agak kecewa dengan pengunduran Amerika dari Kabul secara tiba-tiba selepas hampir 20 tahun cuba membangunkan pemerintahan demokrasi Afghanistan, yang terakhir sekali dipimpin Encik Ashraf Ghani, namun akhirnya melarikan diri ke Tajikistan selepas pihak Taleban memasuki Kabul, dan sekali gus kembali memerintah negara itu. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >