Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengunjung laluan udara tidak perlu jalani kuarantin di Indonesia

Mar 23, 2022 | 11:14 PM



JAKARTA: Semua perjalanan udara antarabangsa yang tiba di Indonesia tidak lagi perlu menjalani kuarantin, menyusuli kes Covid-19 yang semakin merosot di negara itu.



“Situasi Covid-19 terus bertambah baik, oleh itu pemerintah telah memutuskan untuk mengambil beberapa langkah untuk melonggarkan sekatan,” kata Presiden Joko Widodo dalam ucapannya pada Rabu (23 Mac).



Namun begitu, pengunjung luar negara masih perlu melakukan ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) setibanya di Indonesia, tambah beliau, tanpa menyatakan sama ada ujian sebelum berlepas akan terus menjadi keperluan.



Sebelum ini, pengunjung luar negara yang lengkap divaksin atau telah mendapat suntikan penggalak mesti menjalani kuarantin selama sehari, manakala mereka yang tidak lengkap divaksin perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari.



Pengumuman terbaru ini dibuat selepas Indonesia menjalankan ujian selama dua minggu bagi perjalanan tanpa kuarantin untuk pengunjung yang tiba di pulau pelancongan utama Bali, Batam dan Bintan.



Buat masa ini, ketibaan antarabangsa melalui perjalanan udara hanya dibenarkan di lapangan terbang antarabangsa utama Soekarno-Hatta dan enam lapangan terbang lain: Juanda di Jawa Timur; Ngurah Rai di Bali, Hang Nadim di Batam; Raja Haji Fisabilillah di Tanjung Pinang; Sam Ratulangi di Manado dan Zainuddin Abdul Madjid di Lombok Tengah.



Selain tujuh lapangan terbang ini, pengunjung luar negara juga boleh tiba di Indonesia menggunakan laluan laut hanya melalui Bali, Batam, Tanjung Pinang, Nunukan di Kalimantan Utara, sementara perjalanan darat hanya melalui Entikong di Kalimantan Barat dan Motaain di Nusa Tenggara Timur.



Laluan masuk lain ke negara itu telah ditutup buat sementara waktu disebabkan pandemik ini.



Encik Widodo bagaimanapun tidak menyatakan sekiranya pelonggaran sekatan kuarantin ini juga dikenakan kepada pengunjung yang menggunakan laluan darat dan laut.



Jumlah jangkitan dan kematian Covid-19 di Indonesia telah merosot sejak beberapa minggu kebelakangan ini. 



Ia telah melaporkan sebanyak 5.98 juta kes setakat ini, dengan 6,376 jangkitan baru pada Rabu, turun daripada 7,464 pada hari sebelumnya.



Pihak berkuasa berkata terdapat 159 kematian dalam 24 jam yang lalu - turun daripada 170 pada Selasa - menjadikan jumlah kematian sebanyak 154,221.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >