Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengunjung luar negeri pertama tiba di Australia selepas hampir dua tahun gara-gara pandemik

Feb 22, 2022 | 05:30 AM



CANBERRA: Penerbangan antarabangsa pertama tiba di Australia setelah sempadan negara itu dibuka semula selepas hampir dua tahun ditutup akibat pandemik Covid-19.



Lapor Daily Mail, para penumpang disambut oleh orang ramai ketika mereka keluar dari pintu ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney.



Para penumpang berkenaan membabitkan pelancong asing dan ahli keluarga yang terkandas di luar negara serta tidak dapat bertemu dengan orang tersayang mereka di Australia selama 704 hari.



Seorang kanak-kanak dikenali sebagai Charlotte mengesat air mata ketika bertemu semula dengan datuknya, Bernie Edmonds, selepas berpisah selama dua tahun dengan tinggal bersama keluarganya di Albuquerque, New Mexico.



"Akhirnya saya dapat melepaskan rindu tidak tertanggung selama ini. Saya berasa lega dapat bertemu semula dengan cucu saya. Sudah tentu ia amat sukar, kami menggunakan aplikasi Facetiming namun itu lah sedekat yang kami dapat," kata Edmonds.



Seorang penumpang yang berasal dari Melbourne, Tom, 21 tahun, berkata beliau berasa teruja dapat pulang semula ke Australia selepas terpaksa menghabiskan masa dua tahun di Los Angeles.



"Saya tidak dapat pulang ke rumah sejak 2020, sudah lama tidak mendengar loghat kami. "Saya bercadang untuk melanjutkan pendidikan universiti di sini," katanya.



Ribuan pengunjung akan tiba di Australia sekali gus menandakan kali pertama pelancong dialu-alukan sejak kerajaan Persekutuan menutup sempadan negara pada 20 Mac 2020.



Kira-kira 56 penerbangan dari Britain, Amerika Syarikat, Jepun dan Canada akan mendarat di Australia. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >