KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan Pusat Beli-belah 1 Utama mempertikaikan jumlah 63 orang yang dikatakan diuji positif Covid-19 kelmarin, dengan mengatakan terdapat salah maklumat mengenai 44 pengawal keselamatan yang disahkan positif.
"Kami dengan ini ingin menyatakan bahawa 44 kes positif Covid-19 pengawal keselamatan yang disebutkan dalam laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling (Petaling JPBD) bukan berasal dari 1 Utama dan bukan merupakan sebahagian daripada 6,000 ujian yang kami jalankan.