Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Peniaga M’sia tidak mengaku salah rasuah sebagai pertukaran tidak tahan anak Muhyiddin

May 26, 2023 | 04:01 PM



KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan dikenali sebagai “Datuk Roy” dan seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Khamis atas dakwaan meminta rasuah RM400,000 ($117,500) dalam satu siasatan membabitkan anak mantan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Mohd Hussein Mohd Nasir, 54 tahun, juga dikenali sebagai Datuk Roy, didakwa bersama Mohd Rasyidi Mohd Said, 43 tahun, atas tuduhan meminta rasuah daripada seorang bernama Cik Siti Dalena Berhan untuk tidak menahan Encik Fakhri Yassin Mahiaddin ketika disiasat oleh SPRM.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Lorong Kurau, Bangsar, sekitar 9-11 malam, 5 Mac lalu.

Encik Fakhri, anak Tan Sri Muhyiddin, tidak pernah ditahan oleh badan pencegah rasuah itu.

Tan Sri Muhyiddin, presiden parti pembangkang, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sendiri didakwa pada Mac lalu atas tuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram, menyusuli beberapa pemimpin lain parti itu yang telah didakwa berkaitan program Jana Wibawa untuk merangsang pemulihan ekonomi selepas wabak Covid-19.

Hussein dipercayai menjadi dalang kepada satu kes SPRM yang dikaitkan dengan program tersebut.

Jana Wibawa diperkenalkan pentadbiran Muhyiddin dan bertujuan meningkatkan kapasiti kontraktor peribumi Malaysia dalam sektor pembinaan untuk memacu pemulihan ekonomi Malaysia selepas wabak itu.

Mohd Hussein dan Rasyidi turut menghadapi tuduhan kedua kerana didakwa menerima suapan RM240,000 sebagai dorongan untuk tidak menahan Encik Fakhri semasa siasatan.

Kesalahan kedua didakwa dilakukan di sebuah restoran makanan segera di Desa Sri Hartamas di Kuala Lumpur sekitar 2-4 petang, 6 Mac lalu.

Kedua-dua mereka berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Mohd Hussein dan Rasyidi minta dibicarakan terhadap tuduhan itu pada Khamis.

Hussein turut menghadapi satu lagi tuduhan di mana dia didakwa meminta rasuah RM2 juta untuk dirinya sendiri di Kampung Melayu Kepong pada Februari lalu.

Suapan itu dikatakan sebagai dorongan supaya pihak berkuasa penyiasat mengenakan tuduhan lebih ringan, menukar keterangan tertuduh kepada saksi, dan mengurangkan wang jaminan yang terlibat dalam siasatan SPRM melibatkan timbalan ketua Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad. – The Star




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >