JOHOR: Peniaga vape di Johor meminta kerajaan negeri mempertimbangkan larangan penjualan produk itu dan memberi tempoh kepada mereka mendapatkan kembali modal perniagaan sebelum ia dikuatkuasakan.
Tinjauan di beberapa premis perniagaan vape di bandar raya ini mendapati suasana di premis agak suram dan beberapa penjual vape turut melahirkan rasa sedih dengan larangan tersebut, lapor Malaysiakini semalam.