Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penipuan dalam talian jadi jenayah komersial utama di M'sia

Jun 25, 2022 | 08:49 PM



JOHOR BAHRU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan 71,833 kes jenayah komersial yang disiasat membabitkan jumlah kerugian lebih RM5.2 bilion ($1.6 juta) sepanjang 2020 hingga Mei lalu.



Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sebanyak 48,850 kes atau 68 peratus daripada jumlah terbabit adalah jenayah komersial yang membabitkan penipuan dalam talian.



"Sepanjang tempoh 2020 hingga Mei 2022, didapati sebanyak 71,833 kes jenayah komersial sudah disiasat polis dengan kerugian lebih RM5.2 bilion.



"Daripada jumlah itu, 48,850 kes (68%) jenayah komersial yang dicatatkan adalah jenayah penipuan dalam talian," katanya.



Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Anti Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2022 di pusat beli-belah Midvalley di sini, hari ini.



Beliau berkata, hal itu dipercayai apabila dunia berdepan pandemik COVID-19 menyebabkan penggunaan internet yang lebih meluas dan secara langsung menyebabkan penipuan atau kejadian 'scam' secara dalam talian meningkat.



"Aspek kesedaran kepada orang ramai tentang modus operandi (MO) terkini sindiket 'scam' adalah usaha berterusan PDRM dalam mengelakkan lebih ramai orang menjadi mangsa.



"Kerugian yang dialami bukan sahaja memberi impak negatif ke atas ekonomi negara malah boleh menjadi pencetus kepada masalah sosial secara umumnya.



"la juga mendatangkan masalah kepada individu atau keluarga daripada aspes kewangan yang turut menjejaskan kesihatan mental serta emosi mereka yang terbabit secara khasnya," katanya.



Acryl Sani berkata, jumlah kes direkodkan yang agak tinggi itu perlu diberi perhatian bagi memastikan ia dapat dikawal dan orang awam tidak lagi terjebak atau terpedaya dengan jenayah dalam talian.



Katanya, sejak menjalankan kempen kesedaran dalam kalangan masyarakat, kes membabitkan penipuan cinta mencatatkan penurunan.



"Bagi kes penipuan cinta, ia mencatatkan penurunan daripada 1,580 kes pada 2020 menurun kepada 1,460 kes pada 2021 dan sebanyak 361 kes pada tahun ini (2022) setakat bulan lalu.



"Kebanyakan kes penipuan cinta ini dilakukan mereka yang menyamar sebagai kekasih kepada mangsa sebelum memperdayakan mangsa memindahkan duit bagi tujuan penghantaran atau tuntutan barangan.



"Bagi kes 'Macau Scam' pula, sebanyak 2,254 kes yang direkodkan pada 2020 mencatatkan penurunan kepada 1,586 kes pada 2021 dan meningkat kepada 1,612 kes setakat Mei pada tahun ini.



"Kes 'Macau Scam' ini membabitkan sindiket yang menyamar sebagai pihak berkuasa memperdayakan mangsa untuk membuat pemindahan wang bagi kes yang didakwa bersabit mereka," jelasnya.



Acryl Sani berkata, kes penipuan pembelian e-dagang juga mencatatkan peningkatan daripada 8,851 kes pada 2020 meningkat kepada 9,569 pada tahun lalu dan setakat Mei ini, sebanyak 3,833 kes direkodkan.



Sementara itu, mengenai kempen kesedaran itu, ia adalah kesinambungan kempen yang digerakkan pada November tahun lalu di Kuala Lumpur yang bertujuan memastikan lebih ramai rakyat di Malaysia peka terhadap kaedah sindiket penipuan.



"Ini yang kita khuatir sekiranya kita tidak bendung kesedaran dalam kalangan orang ramai, kes seperti ini akan meningkat tanpa kawalan.



"Justeru, kita perlu memberikan perhatian selepas jenayah tradisional ragut, samun tepi jalan beralih kepada jenayah dalam talian," katanya.



Beliau berkata, sejak 2020 hingga Mei lalu, sebanyak 26,213 kes yang dilaporkan sudah didakwa di mahkamah.



Tambahnya, cabaran yang dihadapi pihaknya untuk melakukan siasatan apabila mangsa malu untuk tampil membuat laporan kerana tidak mahu masyarakat tahu mereka menjadi mangsa penipuan dan merasakan tidak berbaloi untuk membuat aduan.



Oleh itu, beliau berkata, polis menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) akan terus melaksanakan kempen-kempen bagi memberi kesedaran dan penerangan kepada orang ramai mengenai modus operandi yang sering digunakan sindiket untuk menipu orang ramai. - Berita Harian Malaysia




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >