RIYADH: Penjualan antibiotik, pelitup dan vitamin naik seganda di Arab Saudi sedang jumlah korban akibat jangkitan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) naik mendadak, menurut Arab News semalam.
Dalam perkembangan terbaru, saintis berkata mereka menemui antibodi manusia semula jadi bagi melawan virus Mers dan berkata penemuan itu akan membantu dalam usaha membangunkan rawatan bagi penyakit yang boleh membawa maut itu.