WASHINGTON: Selepas seminggu Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, dan pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong-Un, mengeluarkan kenyataan yang meningkatkan ketegangan, pentadbiran Trump cuba meredakan kebimbangan bahawa dua negara itu sekarang di ambang perang nuklear.
Pegawai pentadbiran telah mengeluarkan mesej tenang yang diarahkan kepada kededuanya, Korea Utara dan rakyat Amerika, bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih keruh dan berbahaya.