Pentagon mungkin saran AS hantar tentera tempur ke Syria

WASHINGTON: Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat mungkin mengesyorkan negara itu menggerahkan tentera tempur biasa ke Syria untuk melawan militan Negara Islam di Iraq dan Syria (Isis), lapor CNN pada Rabu (15 Feb).

Ini salah satu daripada beberapa idea yang Pentagon sedang pertimbang selepas Presiden Donald Trump memberi pegawai pertahanan hingga akhir bulan ini (Feb) untuk mengemukakan saranan bagi mempercepat perang menentang Isis.

Seorang pegawai Amerika, yang bercakap dengan syarat namanya tidak disiar, berkata Amerika sudah mempunyai sebilangan kecil tentera operasi khas di Syria.

Pegawai itu berkata kajian masih dijalankan dan belum ada pilihan yang telah dikemukakan kepada Encik Trump.

"Ia masih sangat spekulatif," kata pegawai tersebut mengenai laporan itu.

CNN berkata saranan itu belum dibangunkan sepenuhnya dan antara daripada beberapa idea yang sedang dipertimbang. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
3 HR PSI: 83
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.