Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Pentagon nafi bantu Ukraine jejak lokasi jeneral Russia

May 07, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat menafikan bahawa ia memberi maklumat risikan mengenai lokasi jeneral Russia di medan perang supaya tentera Ukraine boleh membunuh mereka.



Memberi reaksi kepada laporan New York Times (NYT) mengenai sokongan Amerika kepada tentera Ukraine, jurucakap Pentagon, Encik John Kirby, berkata memang benar Amerika membekalkan tentera Kyiv dengan perisikan tentera "untuk membantu rakyat Ukraine mempertahankan negara mereka".



"Namun kami tidak memberi risikan mengenai lokasi pemimpin kanan tentera di medan perang atau mengambil bahagian dalam keputusan mencari sasaran yang dilakukan tentera Ukraine," kata Encik Kirby.



Pada Rabu lalu, NYT melaporkan bahawa maklumat risikan yang disediakan Amerika telah membantu tentera Ukraine menyasarkan dan membunuh beberapa jeneral Russia sejak pencerobohan Moscow.



Memetik beberapa pegawai kanan Amerika yang enggan dinamakan, akhbar itu berkata daripada kira-kira sedozen jeneral Russia yang dibunuh tentera Ukraine, "ramai" telah menjadi sasaran dengan bantuan perisikan Amerika.



Ukraine telah berjaya, terutamanya dalam menyerang kedudukan komand Russia, dan menurut beberapa laporan, minggu lalu hampir menyerang lokasi barisan depan di wilayah Donbas di mana jeneral tertinggi Russia, Encik Valery Gerasimov, dipercayai sedang melawat tenteranya.



Tentera Ukraine kemungkinan besar membedil lokasi itu hanya beberapa jam selepas Jeneral Gerasimov beredar, kata laporan itu.



NYT melaporkan Amerika telah memberi butiran mengenai ibu pejabat mudah alih tentera Russia, yang sering menukar lokasi.



Ia melaporkan tentera Ukraine menggunakan maklumat itu seiring dengan maklumat mereka sendiri untuk melakukan serangan ke atas pegawai kanan Russia.



Encik Kirby menegaskan Ukraine membuat keputusan sendiri sama ada mahu menyasarkan pemimpin Russia atau tidak.



"Ukraine menggabungkan maklumat yang kami dan rakan lain berikan dengan perisikan yang mereka sendiri kumpulkan di medan perang," katanya.



"Kemudian mereka membuat keputusan mereka sendiri, dan mengambil tindakan mereka sendiri."



Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih menyelar laporan NYT sebagai "tidak bertanggungjawab". - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >