Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penumpang dibenarkan tinggalkan kapal persiaran selepas disekat dek koronavirus Wuhan

Jan 31, 2020 | 06:39 PM



PENUMPANG yang terperangkap di atas kapal persiaran berdekatan Rome, yang dikuarantin setelah dua individu disyaki dijangkiti koronavirus Wuhan, telah dibenarkan turun dari kapal itu.



Sekitar 7,000 penumpang di atas kapal persiaran tersebut yang dimiliki Carnival Corp telah ditahan di pelabuhan Civitavecchia sejak pagi Khamis lalu setelah seorang penumpang demam dan mempunyai simptom pernafasan.



Ujian susulan menunjukkan penyakit yang dihidapi bukan koronavirus itu.



"Kami bebas," kata penumpang yang turun dari kapal tersebut.



Beberapa penumpang juga telah meluahkan rasa kurang senang terhadap sekatan tersebut di media sosial dan mengatakan maklumat yang diberikan di atas kapal amat terhad.



Sementara itu, Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte membuat keputusan membatalkan penerbangan ke dan dari China selepas dua kes koronavirus disahkan di tempat lain di Itali.



Pesakit itu merupakan pelancong dari China dan telah diasingkan di hospital di Rome. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >