Topik diikuti
Pergi ke BHkuPenunjuk perasaan berarak di Bangkok untuk sampaikan surat kepada raja
Sep 21, 2020 | 5:30 AM
Penunjuk perasaan berarak di Bangkok untuk sampaikan surat kepada raja
BANGKOK: Mencabar monarki Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn, secara terbuka, ribuan penunjuk perasaan berarak di Bangkok semalam untuk mengutarakan permintaan, termasuk seruan bagi pembaharuan untuk mengekang kuasanya.
Penunjuk perasaan semakin berani sewaktu dua bulan demonstrasi menentang pertubuhan dikuasai tentera dan istana Thailand, melanggar pantang larang lama iaitu mengkritik pemerintahan beraja - yang tidak dibenarkan di bawah undang-undang lese majeste.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti