Penunjuk perasaan bimbing terhakisnya hak dan kebebasan
Jun 13, 2019 | 05:30 AM
HONGKONG: Krisis politik terbaru sejak malam Ahad lalu menyaksikan lebih dari setengah juta orang berkumpul bagi menolak rang undang-undang baru ekstradisi ke tanah besar China.
Ribuan penunjuk perasaan berarak menuju ke parlimen wilayah autonomi itu bagi menuntut pembatalan cadangan perintah ekstradisi yang membolehkan penduduk dihantar ke China untuk dibicarakan - tindakan dibimbangi sesetengah pihak menjejaskan kebebasan.