Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Dunia

Penunjuk perasaan Hong Kong lempar bom petrol, sekolah kekal tutup esok

Nov 17, 2019 | 04:08 PM

HONG KONG - Bantahan baru bermula berdekatan kampus universiti di Hong Kong pagi Ahad (17 November).

Penunjuk perasaan menanti saat di mana kemungkinan pihak polis mengarah mereka supaya meninggalkan premis setelah bantahan yang berlaku semalaman.

Biro Pendidikan kota itu mengumumkan bahawa kelas di semua sekolah akan terus ditangguh pada Isnin demi keselamatan pelajar. Kesemua tadika, sekolah rendah dan menengah, termasuk sekolah khas telah ditutup semenjak Khamis lalu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, biro itu berkata bahawa sekolah harus bersiap sedia memulakan kelas semula, tapi pelajar harus berada di rumah dan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang melanggar undang-undang.

“Walaupun jalan raya dah khidmat pengangkutan awam di wilayah itu sudah kembali pulih, masih ada faktor-faktor yang masih belum tentu,” kata biro tersebut.

Pengumuman itu ekoran bantahan yang berlaku awal pagi di Universiti Politeknik Hong Kong di daerah Kowloon. Penunjuk perasaan melempar bom petrol, dan polis melepaskan gas pemedih untuk memaksa mereka ke atas podium kampus tersebut. - REUTERS
 

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian