Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penunjuk perasaan AS ingkari perintah berkurung; tuntut bela mangsa ganas polis

Jun 03, 2020 | 12:30 PM



WASHINGTON / MINNEAPOLIS: Puluhan ribu orang turun ke jalanan di bandar-bandar utama Amerika Syarikat semalam untuk tunjuk perasaan bagi malam ke-8 berturut-turut.



Tindakan itu adalah sebagai menuntut keadilan bagi kematian seorang lelaki kulit hitam dalam tahanan polis. 



Langkah tunjuk perasaan itu juga menentang arahan datuk bandar di beberapa kota yang mengadakan perintah berkurung dan langkah-langkah lain, bertujuan untuk mengekang bantahan rakyat. 



Perarakan besar berlaku di Los Angeles, Philadelphia, Atlanta dan New York City serta di Washington, DC, berhampiran taman di mana para penunjuk perasaan diarah bersurai kelmarin (1 Jun) untuk memberi laluan kepada Presiden Donald Trump agar beliau dapat berjalan kaki dari Rumah Putih ke gereja bersejarah berdekatan untuk bergambar.



Walaupun tunjuk perasaan bagi pihak mendiang Floyd dan mangsa-mangsa kekejaman polis yang lain berlangsung secara aman di waktu siang, namun apabila malam tiba, orang ramai beralih kepada rusuhan, membuat kerosakan pada harta benda, melakukan pembakaran dan penjarahan. 



Malam kelmarin, lima anggota polis terkena tembakan di dua bandar.



Ribuan penunjuk perasaan berlutut di kawasan lapang berumput di luar Capitol Amerika Syarikat semalam, sambil melaungkan "diam adalah keganasan" dan "tidak ada keadilan, tidak ada perdamaian", beberapa detik sebelum pemerintah melaksanakan perintah berkurung ke atas perhimpuan yang diadakan sebagai menentang kekejaman polis yang makin meningkat di bandar-bandar besar.



Jumlah besar orang yang berkumpul di ibu kota kemudian berdiri dan melaungkan "berlutut" dan "siapa yang anda lindungi?" semasa pegawai menghadapi mereka.



Perintah berkurung pada sebelah malam diperintahkan di berpuluh-puluh bandar raya berikutan protes selama seminggu atas kematian George Floyd, 46 tahun, dalam tahanan polis Minneapolis. 



Presiden Donald Trump meminta Pengawal Nasional atau tentera Amerika untuk membanteras perhimpunan yang disifatkannya sebagai "penjahat", "pencuri" dan "samseng" yang bertanggungjawab atas keganasan yang berlaku, menyalahkan gabenor negeri atau pegawai tempatan kerana gagal campur tangan.



Bagaimanapun ikrar Encik Trump untuk mengakhiri tunjuk perasaan dan perintah berkurung sejauh ini tidak memberi kesan dalam meredakan keganasan yang meletus pada waktu malam.



Semalam, para penunjuk perasaan di beberapa bandar berkumpul secara damai dalam jumlah besar, termasuk di Los Angeles, Washington dan Philadelphia. 



Di New York City, beribu-ribu mengadakan perarakan ke 86th Street, melaungkan dan memegang sepanduk yang mengatakan "tidak ada keadilan, tidak ada kedamaian" dan "sebut namanya, George Floyd", diikuti dengan tafakur.



Di kampung halaman Floyd di Houston, ribuan orang berkumpul untuk perarakan yang dianjurkan oleh rakan dan keluarganya.



Di Hollywood Boulevard di Los Angeles, beratus-ratus orang memenuhi jalanan. 



Yang lain pula berkumpul di luar ibu pejabat Jabatan Polis Los Angeles, dalam beberapa kes berpelukan dan berjabat tangan dengan barisan pegawai di luar. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >