Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penutupan lapangan terbang Aleppo jejas bantuan kepada mangsa gempa Syria

Mar 10, 2023 | 05:30 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat berkata pada Rabu ia bimbang jika terdapat gangguan berpanjangan terhadap penghantaran bantuan kemanusiaan ke Syria selepas lapangan terbang Aleppo terputus hubungan perkhidmatan akibat serangan udara oleh rejim Israel.



Lapangan terbang Aleppo digunakan untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa gempa bumi yang berlaku pada Februari yang mengorbankan ribuan orang.



Kementerian Pengangkutan Syria telah mengalihkan semua penerbangan ke Damsyik atau Latakia, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu.



Jurucakap Jabatan Negara Amerika, Encik Ned Price, berkata walaupun beliau tidak dapat "ditukil atas apa yang dinyatakan" mengenai serangan udara pada Selasa, Washington bimbang tentang sebarang penggantungan panjang terhadap aliran bantuan kemanusiaan ke Syria.



Penutupan lapangan terbang itu mungkin mempunyai "kesan kemanusiaan yang buruk kepada masyarakat di Aleppo - salah satu wilayah paling teruk dilanda gempa bumi di negara itu - dan juga boleh menjejaskan penduduk lebih luas yang amat memerlukan bantuan kemanusiaan," kata timbalan jurucakap PBB, Encik Farhan Haq, pada Rabu.



Beliau berkata semua penerbangan Perkhidmatan Udara Kemanusiaan PBB (UNHAS) dari Aleppo telah digantung, sambil menambah bahawa penerbangan itu mengangkut pekerja bantuan dan bekalan menyelamatkan nyawa dan mesti disambung semula tanpa lengah.



"Kami menyeru semua pihak untuk mematuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, termasuk dengan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang boleh dilaksanakan untuk menyelamatkan orang awam dan kemudahan awam dalam serangan mereka," kata Haq.



Tentera Israel enggan mengulas mengenai tuduhan media Syria bahawa rejim itu melakukan serangan udara tersebut.



Israel telah bertahun-tahun melakukan serangan terhadap apa yang disifatkannya sebagai sasaran berkaitan Iran di Syria, di mana pengaruh Teheran telah berkembang sejak ia mula menyokong Presiden Bashar al-Assad dalam perang saudara yang bermula pada 2011.



Penderma asing termasuk Amiriah Arab Bersatu (UAE), Iran, Arab Saudi dan Algeria telah menerbangkan bantuan ke lapangan terbang Aleppo sejak gempa bumi yang berlaku pada 6 Februari 2023, lapor media Syria.



Sebelum tragedi gempa bumi itu, Syria menyaksikan kira-kira 1.8 juta rakyatnya kehilangan tempat tinggal dan menginap di khemah sementara, tempat perlindungan dan rumah di barat laut Syria. Kini, ramai yang terpaksa tinggal di luar dalam suhu beku.



Sehingga 6 Mac lalu, lebih 52,800 kematian telah disahkan akibat tragedi gempa bumi di Turkey dan Syria itu di mana lebih 46,100 direkodkan di Turkey, dan lebih 6,700 pula di Syria. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >