Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penyakit paru-paru akibat e-rokok bunuh mangsa ketiga di Amerika Syarikat

Sep 09, 2019 | 01:48 PM



INDIANA: Seorang di Amerika Syarikat (AS) telah meninggal dunia akibat penyakit paru-paru yang berkaitan dengan ‘vaping’, kata pihak tertentu AS pada hari Jumaat, dalam wabak yang telah menyerang beberapa ratus orang dan mengakibatkan beberapa remaja dalam keadaan ‘induced koma’.



Menurut AFP, kematian terbaru itu merupakan kematian ketiga yang berkaitan dengan vaping.



Ia diumumkan oleh pihak berkuasa kesihatan di Indiana, di mana penyiasat di New York mengatakan bahawa mereka kini menumpukan penyelidikan mereka ke atas produk e-rokok ganja yang diperolehi daripada pasaran gelap yang mengandungi minyak vitamin E.



Pegawai Persekutuan mengatakan bahawa tiada bahan tunggal yang didapati hadir di semua sampel makmal yang diperiksa.



Selain daripada tiga kematian yang diumumkan itu, "Kami sedar bahawa ada satu kematian lain yang sedang disiasat sebagai kes yang mungkin berkaitan (dengan vaping juga)," kata Ileana Arias, yang bertindak sebagai timbalan pengarah bagi penyakit tidak berjangkit di Pusat Penyakit Berjangkit (CDC).



Beliau berkata terdapat lebih daripada 450 kes penyakit paru-paru yang mungkin dikaitkan dengan e-rokok, lebih daripada dua kali ganda jumlah yang dilaporkan minggu lepas.



Pesakit telah melaporkan simptom kesukaran bernafas dan sakit dada sebelum mereka dirawat di hospital dan diletakkan pada ventilator.



Daniel Fox, seorang ahli pulmonologi di North Carolina, mengatakan bahawa pesakit yang diperiksanya mempunyai pneumonia paru-paru yang tidak berjangkit dikenali sebagai pneumonia lipoid, yang boleh berlaku "apabila sesuatu yang mengandungi minyak atau bahan lipid memasuki paru-paru."



Jabatan Kesihatan New York mengatakan keputusan ujian makmal menunjukkan kandungan minyak vitamin E yang sangat tinggi di dalam kartrij ganja yang digunakan oleh semua 34 orang di negara yang jatuh sakit setelah menggunakan e-rokok, dan oleh itu, akan memfokuskan penyelidikan mereka ke arah itu.



Tambahan pula, asetat Vitamin E adalah sesuatu bahan yang mudah didapati dalam perubatan atau makanan suplemen. Ia selalunya diambil secara lisan atau digunakan pada kulit, tetapi berbahaya apabila dihirup.



Namun, pentadbir Pentadbiran Makanan dan Dadah Ned Sharpless berkata agensinya menyedari laporan itu, "tetapi tiada bahan, termasuk Vitamin E asetat, telah dikenalpasti dalam semua sampel yang diuji" di peringkat kebangsaan.



E-rokok boleh didapati di pasaran Amerika Syarikat sejak tahun 2006, dan kangkala, ia digunakan sebagai produk alternatif untuk menghentikan tabiat merokok produk tembakau seperti rokok biasa.



Kegunaan e-rokok di kalangan remaja AS telah meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kira-kira 3.6 juta pelajar sekolah menggunakan produk itu pada tahun 2018, peningkatan sebanyak 1.5 juta dibandingkan tahun sebelumnya.



Buat masa ini, wabak itu ternyata terhad kepada Amerika Syarikat, walaupun popularitinya semakin berkembang di merata dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >