Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penyamun curi permata bernilai $1.5 bilion dari muzium Jerman

Nov 26, 2019 | 12:58 PM



DRESDEN - Pencuri memecahkan peti pameran dan merampas permata berharga dari muzium di timur Jerman awal pagi semalam (25 November) dalam sebuah serbuan kata polis.



Mereka pecah masuk Gruenes Gewoelbe atau Muzium Green Vault, dan melarikan diri dengan sekurang-kurangnya tiga set barang kemas dari abad ke-18, termasuk intan dan delima, menurut kakitangan muzium.



Rakaman kamera keselamatan menunjukkan dua orang lelaki memecah masuk menerusi tingkap berpagar, kata polis.

Loceng berbunyi sebelum 5 pagi waktu tempatan dan pegawai tiba lima minit kemudian namun penyamun sudah pun dapat melarikan diri.



“Barang yang kami katakan ini mempunyai harga nilai budaya yang tidak terkira,” pengarah muzium Encik Dirk Syndram di satu sidang akhbar.



Amat mustahil untuk menjual barangan yang unik dan senang untuk dikenal pasti di pasaran terbuka, tambah Cik Marion Ackermann, pengarah muzium di negeri kejiranan, Saxony.



Pencurian itu bernilai 1 bilion euro ($1.5 bilion), lapor akhbar Bild. Peti elektrik berdekatan dibakar, menjejas sumber tenaga kepada seluruh kawasan sebelum serbuan.



“Dua suspek dilihat di rakaman, tapi tidak bermaksud tiada lain yang berkomplot,” kata Encik Volker Lange dari pasukan polis Dresden. - REUTERS

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >