Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penyelamat Indonesia potong kaki pelombong bagi selamatkan dari lombong runtuh

Mar 01, 2019 | 02:55 PM



JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia terpaksa memotong kaki seorang mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan untuk menariknya keluar dari lombong emas yang runtuh di pulau Sulawesi, sedang operasi menyelamat yang perlahan dan mengerikan itu memasuki hari ketiga hari ini (1 Mac).



Namun pelombong itu, terperangkap bersama puluhan lain di tapak perlombongan haram di lereng bukit berlumpur di kawasan Bolaang Mongondow di wilayah Utara Sulawesi, kemudian meninggal akibat kecederaannya, kata agensi bencana nasional dalam satu kenyataan.



"Penyelamat terpaksa memotong kaki mangsa kerana ia tersepit di bawah batu, dan mereka takut jika batu itu digerakkan akan menyebabkan runtuhan lanjut," kata jurucakap agensi bencana itu, Encik Sutopo Purwo Nugroho, dalam satu kenyataan.



Lapan orang terkorban dalam kemalangan itu dan berpuluh lagi kekal terperangkap di bawah batu dan palang (beam), kata pihak berkuasa.



Pekerja penyelamat menggunakan alat mudah dan tali telah menarik keluar 20 pelombong yang cedera teruk sejauh ini namun harapan semakin pudar yang mereka akan menemui mangsa lain yang terselamat.



"Menurut penilaian yang kami lakukan semalam, kami tidak lagi mendengar suara dari terowong perlombongan," kata Encik Abdul Muin Paputungan dari agensi bencana setempat melalui telefon.



Operasi menyelamat tujuh hari itu dijangka berterusan sekurang-kurangnya sehingga Selasa depan, dengan lebih 200 kakitangan tentera dan menyelamat membantu mengeluarkan mangsa dan mayat keluar dari beberapa terowong lombong.



"Keadaan amat mencabar, dengan lereng curam... dan bahaya tanah runtuh seterusnya," kata Encik Nugroho.



Pemerintah Indonesia melarang projek perlombongan emas berskala kecil sedemikian, namun pihak berkuasa serantau sering tidak mengendahkan amalan di kawasan lebih terpencil.



Dengan sedikit peraturan, lombong sedemikian terdedah kepada kemalangan. - REUTERS



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >