NEW YORK: Suspek lelaki Bangladesh dalam kes letupan bom paip di terowong bawah kawasan New York Times Square kelmarin ialah seorang bekas drebar limosin yang penuh amarah, yang belajar membuat bom melalui Internet di apartmennya di Brooklyn, kata para pegawai.
Akayed Ullah, 27 tahun, kini ditahan polis selepas dia cedera dek bom paip yang dipasang pada badannya dengan tali Velcro dan zip.