KUALA LUMPUR: Perakam suara kokpit (CVR) pesawat MH370 tidak akan menghasilkan apa-apa jawapan mengenai masa kritikal apabila pesawat menyimpang daripada laluannya kerana data suara itu telah dipadamkan berikutan kitaran rakaman dua jam CVR itu.
Ini bermakna penyiasat mungkin tidak dapat menyelesaikan sepenuhnya misteri pesawat MH370 kerana agak mustahil untuk mengetahui apa yang berlaku di dalam kokpit selepas pengawal trafik udara terputus hubungan dengan pesawat itu di sempadan ruang udara Malaysia-Vietnam.