Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ANALISIS BERITA

Kemenangan besar BN-Umno luar dugaan

Tiada penganalisis politik berani ramal BN-Umno berupaya menang 40 kerusi DUN berbanding hanya 16 parti pembangkang
Mar 15, 2022 | 05:30 AM



KEMENANGAN besar Barisan Nasional (BN)-Umno dalam Pilhan Raya Negeri (PRN) Johor adalah satu kejutan tidak terduga.



Tiada penganalisis politik yang berani membuat ramalan BN-Umno berupaya menang 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding hanya 16 parti pembangkang.



Sepanjang kempen, semua data, kajian dan trend pengundian menunjukkan persaingan sengit dengan kemenangan tipis untuk BN-Umno membentuk kerajaan.



Selama enam hari, saya berada di lapangan - dari kawasan perkampungan Bukit Kepong, Muar, Pekan Nenas dan Pontian sehingga ke kawasan bandar sekitar Johor Bahru, Larkin, Kempas dan Puteri Wangsa untuk merasakan sendiri denyut kehangatan kempen.



Melalui perbualan saya dengan pelbagai pemimpin parti dan rakyat biasa, kekalahan teruk parti pembangkang tidak pernah dibayangkan.



Umno sendiri meramalkan kemenangan 36 kerusi.



Malah pada PRU13 tahun 2013, di kemuncak kekuatan Umno sebelum skandal kewangan 1MDB meledak, mereka hanya berupaya menang 38 kerusi berbanding 40 dalam PRN ini.



Dalam beberapa hari mendatang, banyak bedah siasat dalaman parti politik pembangkang akan dilakukan berikutan tamparan hebat kegagalan mereka di Johor.



Ramai penyokong tegar Umno berpendapat pengaruh ketaatan pada mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi punca utama.



Beliau menerima sambutan hangat semasa berkempen walaupun sedang menghadapi pelbagai tuduhan dalam skandal kewangan 1MDB.



Namun begitu, sentimen ketaasuban penyokong beliau tidak dapat dianggap sebagai penyumbang utama.



Apa yang dapat dinilai ialah tahap kekecewaan mendalam rakyat Johor pada pihak pembangkang.



Selama 60 tahun, Johor pernah dianggap kubu kuat Umno. Tanpa diduga, pada 2018 mereka memberi kepercayaan kepada pihak pembangkang untuk memerintah.



Pakatan Harapan (PH) bukan sahaja memerintah negeri malah di peringkat persekutuan.



Tetapi rakyat dikecewakan dengan perebutan kuasa dalaman PH yang tiada penghujungnya.



Akibatnya, kedua-dua kerajaan negeri dan persekutuan tumbang dalam masa hanya 22 bulan pada 2020.



Banyak janji dan manifesto PH yang diikrarkan pada rakyat tidak dapat ditunaikan.



Nilai kekecewaan amat mendalam di hati rakyat inilah yang sukar ditafsir para penganalisis politik.



Yang semakin menghakis keyakinan rakyat Johor ialah perpecahan ketara antara parti pembangkang.



Kegagalan mereka mencari kata sepakat supaya tidak bertembung satu sama lain telah memberi kelebihan kepada Umno.



Pergeseran terbuka antara PH, Perikatan Nasional (PN) dengan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) yang yakin mereka boleh membentuk kerajaan sendiri tanpa kerjasama semakin menimbus peluang mereka untuk menang.



Turut memainkan peranan penting ialah jentera kempen pilihanraya BN-Umno di peringkat akar umbi yang lebih kemas dan teratur.



Dengan peratusan pengundi lebih rendah 55 peratus, ekoran kebimbangan jangkitan wabak penyakit Covid-19, peranan pemimpin akar umbi menjadi semakin penting.



Kemenangan besar BN-Umno membawa banyak implikasi kepada senario politik Malaysia.



Persoalan besar ialah tentang masa depan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PH serta Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) dan PN.



PKR hanya menang satu kerusi sementara Bersatu menang 3 kerusi.



Apakah pengaruh era kepimpinan mereka sudah berakhir?



Tan Sri Muhyiddin dilaporkan bersedia meletakkan jawatan dan memikul tanggungjawab kegagalan partinya.



Kegagalan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membantu Pejuang akan juga menjadi tanda tanya.



Pejuang tidak berupaya memenangi sebarang kerusi.



Kesemua 42 calon mereka hilang wang deposit kerana gagal memenangi jumlah undi minimum 12.5 peratus undi yang dikira.



Rakyat Johor telah memberi isyarat jelas bahawa kestabilan politik harus diberi keutamaan dalam suasana pasca pandemik supaya keadaan ekonomi dapat dipulihkan segera.



Calon Menteri Besar BN-Umno Datuk Seri Hasni Mohammad, dalam ucapan kemenangannya telah berlapang dada dan menggesa rakyat Johor, sama ada mereka menyokong partinya atau tidak, supaya bekerjasama membangunkan negeri itu.



"Tidak ada ideologi politik, ahli politik atau parti politik yang lebih penting daripada negeri Johor Darul Takzim.



"Inilah masanya kita bersama-sama membangunkan Johor yang lebih makmur," tegas beliau.



Ramai pengamat politik menjangka dengan kemenangan besar BN-Umno di Johor.



Pilihan Raya Umum (PRU) 15 akan segera diadakan tahun ini, mungkin pada Julai.




Peranan pengundi muda pengaruh arus PRN Johor tidak berlaku 



PERANAN pengundi muda yang diharapkan dapat mempengaruhi arus dan trend mengundi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ternyata tidak berlaku.



Inilah kali pertama dalam sejarah, pengundi berusia 18 tahun ke atas layak mengundi dalam pilihan raya Malaysia.



Namun begitu, penampilan sulung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dalam PRN Johor menunjukkan mereka berupaya bersaing menentang parti-parti lebih berpengalaman



Muda yang menampilkan tujuh orang calon berusia di bawah 30 tahun, berupaya memenangi sebuah Dewan Undangan Negeri (DUN) di Puteri Wangsa melalui Cik Amira Aisya yang juga Setiausaha Agung parti itu.



Beliau menerima 43.2 peratus undi dengan kelebihan majoriti 7,114 undi.



Saingan terdekat beliau dari Barisan Nasional (BN) menerima 29.7 peratus undi.



Kemenangan Cik Amira dianggap penting kerana beliau bertanding di kawasan majoriti bangsa Cina tetapi berjaya mengalahkan tiga orang pencabar calon bangsa Cina dari BN, Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM).



Tiada calon Muda yang hilang wang deposit kerana kesemuanya berjaya mendapat sekurang-kurangnya 13 peratus undi walaupun bersaing sengit dalam kawasan empat dan lima penjuru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >