SERANGAN PENGGANAS DI TIGA NEGARA
Perancis awasi kemungkinan lebih banyak serangan
Jun 28, 2015 | 05:30 AM
SAINT-QUENTIN-FALLAVIER, (Perancis): Perdana Menteri Perancis, Encik Manuel Valls, memberi amaran bahawa Perancis bakal menghadapi banyak serangan selepas pembunuhan mengerikan dengan seorang lelaki dipenggal dan kepalanya dilekatkan pada pintu pagar sebuah kilang.
Encik Vall berkata serangan itu dijangka mewujudkan ketegangan di Perancis - negara yang menjadi kediaman kepada penduduk Islam terbesar di Eropah Barat - dan dieskploitasi pihak tertentu.