SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Perancis lapor lebih 23,000 kes dalam tempoh sehari

Perancis lapor lebih 23,000 kes dalam tempoh sehari

Jan 30, 2021 | 5:30 AM

Perancis lapor lebih 23,000 kes dalam tempoh sehari

SEMAKIN MENINGKAT: Warga dilihat berjalan di tepi kios penjual buku yang kebanyakannya ditutup dekat Gereja Notre-Dame di Paris. Kadar jangkitan Covid-19 yang tinggi di Perancis telah mencetuskan keprihatinan sekatan pergerakan negara ketiga akan perlu dilaksanakan di negara itu. - Foto EPA-EFE
SEMAKIN MENINGKAT: Warga dilihat berjalan di tepi kios penjual buku yang kebanyakannya ditutup dekat Gereja Notre-Dame di Paris. Kadar jangkitan Covid-19 yang tinggi di Perancis telah mencetuskan keprihatinan sekatan pergerakan negara ketiga akan perlu dilaksanakan di negara itu. - Foto EPA-EFE -

PARIS: Pihak berkuasa kesihatan Perancis telah melaporkan 23,770 kes jangkitan koronavirus baru dalam tempoh 24 jam kelmarin, turun daripada 26,916 kes pada Rabu lalu tetapi naik daripada 22,848 pada Khamis minggu lalu, sekali gus menambahkan keprihatinan sekatan pergerakan negara ketiga akan dilaksanakan.

Menteri Kesihatan Perancis, Encik Olivier Veran, berkata varian baru koronavirus yang dilaporkan sebelum ini merebak dengan lebih meluas setiap minggu dan sekatan lebih ketat yang dilaksanakan hampir dua minggu lalu tidak berjaya membendung penularan virus itu.

Jumlah kes keseluruhan Perancis kini mencapai 3,130,629 - yang keenam tertinggi di dunia.

Angka kematian disebabkan Covid-19nya meningkat sebanyak 344 kes kepada 74,800 - yang ketujuh tertinggi di dunia - selepas ia bertambah sebanyak 350 pada Rabu lalu.

Purata jumlah kematian baru sepanjang tujuh hari, kini ialah 400.

Perancis melaksanakan kawalan sempadan baru pada Ahad lalu sebagai sebahagian usaha besar mereka untuk membendung penularan Covid-19 dan mengelakkan satu lagi sekatan pergerakan negara.

Pihak berkuasa kesihatan Perancis turut melaporkan sekitar sejuta orang telah menerima vaksin koronavirus sehingga Sabtu lalu.

Namun, kadar jangkitan, kemasukan hospital dan kematian Covid-19 yang tinggi telah mencetuskan kebimbangan Perancis mungkin memerlukan satu lagi sekatan pergerakan penuh, yang ketiga, dan akan menyebabkan lagi banyak gangguan terhadap perniagaan dan kehidupan harian.

Presiden majlis saintifik yang ditubuhkan untuk menasihatkan pemerintah tentang pandemik itu, Encik Jean-Francois Delfraissy, Ahad lalu meminta pemerintah membuat keputusan pantas.

"Mungkin adalah perlu untuk bergerak ke arah sekatan," kata beliau.

"Terdapat keadaan darurat... Lebih cepat anda ambil keputusan, lebih berkesan (usahanya) dan tempohnya boleh dihadkan," tambahnya.

Sejak Ahad lalu, mereka yang tiba di Perancis dari negara-negara Kesatuan Eropah melalui udara atau laut mesti menunjukkan hasil ujian PCR negatif yang diperolehi dalam tempoh 72 jam sebelumnya.

Keperluan itu telah pun dikenakan terhadap pengunjung bukan dari negara Kesatuan Eropah sejak pertengahan Januari.

Pengunjung dari negara Kesatuan Eropah yang memasuki Perancis melalui darat, termasuk pekerja yang merentas sempadan, tidak akan perlu menunjukkan hasil ujian negatif.

Sementara itu, kekurangan bekalan vaksin Covid-19 telah memaksa Paris dan dua lagi wilayah yang membentuk sepertiga jumlah penduduk Perancis menangguhkan pemberian suntikan dos pertama, kata seorang sumber yang terlibat dalam perbincangan itu, dan pegawai kesihatan, kelmarin. - Reuters, AFP.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg