ALGIERS: Sebuah kumpulan Algeria yang ada kaitan dengan kumpulan militan yang menggelarkan diri mereka Negara Islam (IS) mendakwa telah menculik seorang warga Perancis dan mengugut akan membunuhnya dalam tempoh 24 jam kecuali Paris menghentikan serangan udara ke atas IS di Iraq.
Kumpulan itu, dikenali sebagai Jund Al-Khilifa (Tentera Pemerintahan Khalifah), mengirim video menunjukkan pelancong Perancis itu, Encik Herve Pierre Gourdel, duduk di atas tanah dikawal dua lelaki yang memegang raifal Kalashnikov.