Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perancis teruskan pilihan raya tempatan walau Covid-19 tular

Mar 15, 2020 | 05:02 PM



PARIS: Perancis mengadakan undian tempatan di seluruh negara, meski kerisauan krisis koronavirus yang semakin merebak dijangka menyebabkan ramai pengundi tidak akan keluar dari rumah mereka.



Presiden Emmanuel Macron menegaskan bahawa undian untuk melantik datuk bandar dan majlis perbandaran mesti diteruskan untuk memastikan kesinambungan demokratik di negara itu.



Undian tersebut diteruskan walaupun tempat-tempat awam lain seperti kafe, restoran, pawagam dan gimnasium telah diarahkan tutup.



Encik Macron berkata saintis telah memberi jaminan kepada beliau "tiada apa yang menghalang warga Perancis, termasuk yang paling terdedah, daripada mengundi", dengan syarat semua orang mengikuti peraturan pencegahan jangkitan asas.



Perbandaran telah mengumumkan pelbagai langkah untuk mencuba memastikan pengundi bebas jangkitan, termasuk  pembasmian kuman secara kerap di bilik undi, memastikan jarak peribadi yang selamat antara pengundi yang beratur, dan menyediakan gel sanitizer tangan di pintu masuk dan keluar. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >