Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perang di Ukraine ancam usaha sedia makanan kepada 125 juta penduduk dunia: WFP

Mar 31, 2022 | 05:30 AM



NEW YORK: Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP) memberi amaran Selasa lalu bahawa perang di Ukraine memberi ancaman besar ke atas usaha badan itu menyediakan makanan untuk sekitar 125 juta orang diseluruh dunia kerana Ukraine "yang menjadi negara penyedia roti kini menjadi negara yang meminta roti".



"Ia bukan hanya menjejas dinamika Ukraine dan rantau itu, tetapi ia memberi kesan besar mengikut konteks sejagat, melampaui apa yang pernah kita lihat sejak Perang Dunia Kedua," kata Encik David Beasley kepada 15 anggota Majlis Keselamatan PBB.



Encik Beasley berkata, 50 peratus gandum yang dibawakan WFP, cabang bantuan makanan PBB itu, datangnya dari Ukraine, "jadi anda boleh sahaja menanggapi bahawa kemusnahan yang kini berlaku bukan hanya menjejas operasi kami sahaja".



Konflik Russia-Ukraine memaksa 10 juta penduduk meninggalkan kediaman mereka, menurut ketua agensi pelarian PBB.



"Perang di Ukraine sangat dahsyat sehingga 10 juta orang melarikan diri - sama ada berpindah di dalam negara, atau menjadi pelarian di luar negara," ciap Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi pelarian, Encik Filippo Grandi di Twitter pada Ahad lalu.



"Antara tanggungjawab pihak yang melancarkan perang, di mana sahaja di dunia, adalah penderitaan yang ditanggung orang awam kerana terpaksa meninggalkan rumah mereka," katanya.



Menurut data PBB, hampir 3.4 juta pelarian meninggalkan Ukraine sejak perang tercetus pada 24 Februari lalu, dengan lebih 2 juta diterima oleh negara jiran Poland, hampir 530,000 oleh Romania dan lebih 362,000 oleh Moldova, lapor Agensi Anadolu.



Sementara itu, sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh, manakala 33 yang lain tercedera, selepas peluru berpandu Russia membedil sebuah bangunan kerajaan serantau di Mykolaiv, kelmarin.



"Mayat 12 mangsa sudah ditemui di lokasi kejadian dan 33 lagi dilaporkan mengalami kecederaan," kata pasukan kecemasan Ukraine menerusi kenyataan di Telegram.



Menerusi rakaman video, Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, mengutuk sekeras-kerasnya serangan berkenaan.



"Penduduk Mykolaiv tidak memberi ancaman kepada Russia. Meskipun begitu, seperti semua warga Ukraine, mereka menjadi sasaran tentera Russia," katanya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >