Peraturan ICA S'pura
Jun 26, 2015 | 05:30 AM
PENGUASA Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura menegaskan bahawa pengunjung yang ingin ke Singapura perlu mematuhi beberapa syarat tertentu.
Antaranya ialah pasport dengan tarikh tamat sekurang-kurangnya enam bulan, kad putih imigresen dan wang yang mencukupi untuk menampung mereka sepanjang berada di Singapura, menurut laman web ICA.