Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perbicaraan besar dalang serangan pengganas di Paris 2015 bermula

Sep 09, 2021 | 05:30 AM



PARIS: Perbicaraan berskala besar di bawah pengawasan keselamatan tinggi bermula semalam untuk 20 lelaki yang disyaki terlibat dalam insiden keganasan di Paris pada 13 November 2015, salah satu serangan paling dahsyat di Perancis.



Seramai 130 orang terbunuh dan ratusan cedera apabila lelaki bersenjata dengan bom pada diri mereka menyerang enam bar dan restoran, dewan konsert Bataclan dan stadium sukan.



"Malam tersebut terus menyelubungi kita dalam ketakutan dan keburukan," kata Encik Jean-Pierre Albertini, bapa salah seorang mangsa yang terbunuh dalam serangan itu, Stephane, 39 tahun.



Dengan pihak polis yang lebih berjaga-jaga, jalan raya ditutup bagi kenderaan dan pejalan kaki sekitar mahkamah Palais de Justice di sebuah pulau di pusat Paris. Perairan di sekeliling Seine juga ditutup.



Mereka yang dibenarkan hadir bagi perbicaraan tersebut perlu melalui beberapa pusat pemeriksaan sebelum dibenarkan masuk ke ruang mahkamah yang dibina khas dan bilik lain di mana perbicaraan itu disiarkan.



Perbicaraan tersebut akan berlangsung selama sembilan bulan, dengan lebih 1,800 plaintif dan lebih 300 peguam mengambil bahagian dalam apa yang digambarkan Menteri Keadilan Eric Dupond-Moretti sebagai "maraton kehakiman" yang belum pernah dilihat sebelum ini. Keputusannya dijangka diumumkan akhir Mei tahun depan.



Ramai daripada yang tertuduh, termasuk Salah Abdeslam, warga Perancis-Maghribi berusia 31 tahun yang dipercayai satu-satunya anggota kumpulan penyerang yang masih hidup, menghadapi hukuman penjara seumur hidup jika disabit kesalahan.



Suspek lain, enam daripadanya akan diadili secara tidak hadir, dituduh membantu membekalkan senjata, kereta atau memainkan peranan dalam merancang serangan itu.



"Apa yang saya prihatin dalam perbicaraan ini adalah kenyataan mereka yang masih hidup... untuk mendengar bagaimana mereka mengatasi kejadian tersebut sejak enam tahun lalu," kata Encik Jerome Barthelemy, 48 tahun, salah seorang mangsa serangan yang masih hidup.



"Bagi mereka yang tertuduh, saya tak jangkakan mereka akan berkata apa-apa."



Menurut Encik Barthelemy, beliau kini mengalami kemurungan dan keresahan akibat serangan yang berlaku. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >