Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perbicaraan rasuah Rosmah Mansor ditunda selepas isteri Najib itu kata beliau sakit

Feb 03, 2020 | 06:34 PM



KUALA LUMPUR: Permulaan perbicaraan rasuah Rosmah Mansor, isteri bekas perdana Menteri Najib Razak, yang dinanti-nantikan, tergendala selepas beliau menerusi peguamnya,  berkata beliau sakit.



Peguamnya, Datuk Jagjit Singh, memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Rosmah tidak sihat untuk menghadirkan diri di mahkamah dan telah diberi cuti sakit sehingga minggu depan disebabkan keadaan perubatan “serius”.



Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan bagaimanapun membenarkan mahkamah ditunda hanya untuk hari itu, dan bagi tarikh Selasa dikosongkan.



Hakim Mohamed Zaini menetapkan hari Rabu sebagai tarikh permulaan baru bagi perbicaraan rasuah Rosmah.



Encik Jagjit, dalam menjelaskan mengapa kliennya tidak hadir, berkata Rosmah mengalami sakit tengkuk berulang yang teruk selain mabuk dan osteoartritis pada lutut.



Penjelasannya membuat para hadirin tertawa dalam mahkamah apabila beliau berkata bahawa ia keadaan perubatan yang mengancam nyawa berdasarkan pencariannya di laman Google.



Hakim bertanya: “Di manakah ia dinyatakan bahawa ia keadaan mengancam nyawa?”



Encik Jagjit menjawab: “Saya dapatkannya menerusi pencarian Google (tanda-tandanya).”



Pendakwa raya utama kerajaan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, menolak cuti sakit itu dan berhujah bahawa pihak pendakwa raya tidak dimaklumkan tentang perkara tersebut sebelum itu.



Encik Ram berhujah bahawa beliau juga mengalami beberapa keadaan perubatan yang dikatakan dihidapi Rosmah, lapor berita dalam talian Malay Mail. - The Star/Asia News Network.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >