Subuh
5:50
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Perbicaraan skandal 1MDB bermula; Najib mengaku tidak bersalah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Perbicaraan skandal 1MDB bermula; Najib mengaku tidak bersalah

Apr 03, 2019 | 05:46 PM

MANTAN Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengaku tidak bersalah ke atas tujuh tuduhan di permulaan perbicaraan berkaitan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menggegar dunia.

Beliau tiba di Mahkamah Tinggi negara itu hari ini (Rabu, 3 April) untuk menghadiri perbicaraan tersebut yang membabitkan jumlah keseluruhan wang bernilai AS$1 bilion.

Datuk Seri Najib tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sekitar 2 petang dan berhenti seketika untuk bertemu sekumpulan penyokongnya sebelum memasuki mahkamah dengan peguamnya, Muhammad Shafee Abdullah, menurut The Straits Times.

Beliau tidak ditemani isterinya, Rosmah Mansor, yang turut didakwa atas kesalahan mengubah wang haram dan pengelakan cukai.

Anak lelakinya, Norashman Najib, tiba di mahkamah sebelum 2 petang.

Datuk Seri Najib menghadapi tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan penyalahgunaan kuasa, dan tiga tuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM42 juta ($14 juta) daripada SRC International, bekas unit 1MDB.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3