Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perbicaraan suspek kes bunuh 19 individu kurang upaya di Jepun terhenti

Jan 08, 2020 | 07:27 PM



TOKYO: Perbicaraan suspek yang didakwa menikam hingga mati 19 individu kurang upaya di pusat penjagaan pada 2016, telah terhenti pada Rabu (8 Jan) selepas lelaki tersebut kelihatan meletakkan sesuatu di dalam mulutnya, dan mula meronta dan terbaring di lantai seperti dalam kesakitan.



Satoshi Uematsu, 29 tahun, tidak membuat sebarang akuan sebelum insiden tersebut pada hari pertama perbicaraan.



Peguamnya berkata Uematsu mengalami masalah psikitari yang membuatnya tidak waras.



Uematsu didakwa membunuh 19 individu kurang upaya dan mencederakan 26 orang lain di pusat jagaan tersebut- salah satu kes pembunuhan beramai-ramai paling teruk di Jepun.



Media Jepun melaporkan Uematsu, yang hadir di mahkamah memakai baju sut berwarna biru gelap dengan rambutnya yang berikat, berniat untuk tidak mengaku bersalah.



Namun, sesi mahkamah terpaksa dihentikan selepas Uematsu seolah-olah meletakkan sesuatu di dalam mulutnya, lapor media Jepun, dan terus meronta-ronta.



Saksi dari Reuters melihatnya di lantai menggeliang-geliut (writhing) seolah-olah dalam kesakitan.



Uematsu didakwa telah menyatakan bahawa dia ingin menghapuskan semua individu kurang upaya dalam serangan pada 26 Julai itu di pusat Tsukui Yamayuri-en yang terletak di Sagamihara di luar Tokyo.- AFP, Reuters

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >