Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu bersama Agong bermula

Jun 16, 2021 | 04:25 PM



KUALA LUMPUR: Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini (16 Jun) bermula sebentar tadi.


Antara Raja-Raja Melayu yang berkenan menghadiri Perbincangan Khas itu, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah serta Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.


Turut berangkat, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail; dan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.





Ini adalah Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu kedua diadakan bagi membincangkan mengenai isu kesihatan dan politik negara, dengan yang pertama kali diadakan pada 25 Oktober tahun lalu.


Dalam pertemuan itu, Raja-Raja Melayu dijadual turut mendapat taklimat khas daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, yang akan mengetuai beberapa ketua agensi kerajaan.


Selain Mohd Zuki; Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun serta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga menghadiri Perbincangan Khas itu.


Perbincangan Khas itu adalah inisiatif Al-Sultan Abdullah bagi membincangkan usaha memerangi pandemik Covid-19 di Malaysia termasuk pelaksanaannya ketika tempoh darurat yang sedang berjalan ketika ini. - BH Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >