Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perdana Menteri Britain Liz Truss letak jawatan

Oct 21, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Perdana Menteri Britain, Cik Liz Truss, akan meletak jawatan semalam selepas program ekonominya mencetuskan kejutan pasaran selain menyebabkan Parti Konservatif berpecah hanya enam minggu selepas dilantik.



Pemilihan pucuk kepimpinan negara akan selesai minggu depan.



Beliau kini menjadi perdana menteri paling singkat dalam sejarah Britain.



Bercakap di luar pejabatnya di Downing Street, Cik Truss mengakui beliau tidak dapat menunaikan janji yang dibuatnya ketika bertanding sebagai pemimpin Konservatif, sekali gus kehilangan kepercayaan daripada partinya.



"Saya akui memandangkan situasi itu saya tidak dapat menyampaikan mandat yang mana saya dipilih oleh Parti Konservatif.



"Oleh itu, saya telah bercakap dengan Raja untuk memberitahu beliau bahawa saya meletak jawatan sebagai pemimpin Parti Konservatif," katanya.



"Pagi ini saya bertemu Pengerusi Jawatankuasa 1922, Sir Graham Brady.



"Kami bersetuju bahawa akan ada pemilihan kepimpinan yang akan diselesaikan dalam minggu depan.



"Ini akan memastikan bahawa kami kekal dalam laluan untuk melaksanakan rancangan fiskal dan mengekalkan kestabilan ekonomi dan keselamatan negara kita," katanya. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >