Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perdana Menteri sementara Malaysia Mahathir memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi $6.6b

Feb 27, 2020 | 06:29 PM



PUTRAJAYA: Perdana Menteri sementara Malaysia Mahathir Mohamad mengumumkan pakej rangsangan kewangan bernilai RM20 bilion ($6.6 bilion) pada Khamis (27 Februari), untuk meningkatkan ekonomi negara yang merosot akibat wabak koronavirus dan ketidaktentuan politik.


Pakej rangsangan itu disasarkan untuk menangani kesan wabak tersebut, memacu pertumbuhan dan menggalakkan pelaburan bermutu, kata Tun Dr Mahathir.


Dalam satu kenyataan, Dr Mahathir berkata penularan virus Covid-19 di Malaysia telah dibendung dengan baik dengan kebanyakan orang yang dijangkiti telah pulih sepenuhnya.


Bagaimanapun, beliau berkata penyakit itu mempunyai kesan besar terhadap ekonomi global dan Malaysia, dengan penurunan ketara dalam kedatangan pelancong di seluruh rantau ini, lapor The Straits Times. 


"Bagi mengurangkan kesan, kerajaan akan melaksanakan pendekatan tiga arah - pertama, untuk memudahkan aliran tunai perniagaan yang terjejas, kedua, untuk membantu individu yang terjejas, dan ketiga, untuk merangsang permintaan bagi perjalanan dan pelancongan," katanya.



Memandangkan wabak koronavirus itu menjejas teruk rakan perdagangan terbesar Malaysia, China, bank pusat menjangkakan pertumbuhan Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) suku pertama tahun terjejas teruk.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >