Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Dunia

Perdana Menteri termuda dunia dipilih di Finland

Dec 09, 2019 | 07:38 PM

MENTERI pengangkutan Finland Sanna Marin terpilih oleh parti Demokratik Sosial untuk menjadi perdana menteri termuda negara tersebut, menggantikan Antti Rinne yang telah meletakkan jawatan. 

Marin, 34 tahun, akan menjadi perdana menteri termuda dunia selepas beliau mengambil alih jawatan tersebut. 

Rinne meletakkan jawatan Selasa lalu selepas salah satu parti, The Centre Party, berkata ia sudah tidak lagi meletakkan kepercayaan terhadap dirinya selepas melihat bagaimana beliau menghadapi kejadian mogok baru-baru ini. 

“Banyak lagi yang perlu dilakukan untuk membina semula kepercayaan,” kata Marin kepada pihak media selepas menang tipis dalam pilihan raya antara kepimpinan parti tersebut. 

Sebelum itu, beliau telah bertemu dengan beberapa menteri lain di China. 

Dalam satu pos di Facebook, Encik Shanmugam berkata: “Kami telah berbincang tentang hubungan rapat agensi kami dengan agensi di China. 

“Selain mengesahkan lagi hubungan persahabatan, kami juga bersetuju untuk bekerjasama dengan lebih rapat dalam latihan serta perkongsian pengalaman.” 

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian