Subuh
5:38
Syuruk
6:54
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Perhimpunan Agung Umno 2022: Khairy dakwa wujud 'pengundi hantu', sokong usul tiada pertandingan dua jawatan tertinggi

Jan 14, 2023 | 08:07 PM

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022, dicemari dengan dakwaan ada ‘perwakilan import’ yang dibawa masuk ke dewan untuk mengundi dan menyokong usul dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan.

Dakwaan itu dibangkitkan oleh mantan Ketua Pemuda, Encik Khairy Jamaluddin mendakwa bahawa wujud
'Langkah Dewan Merdeka' untuk memastikan kelulusan
usul tersebut.

Beliau kemudian memuat naik satu lagi video mengenai 'perwakilan import’ seperti dimaksudkannya.

Video itu dimuat naik melalui Instagram menunjukkan sekumpulan individu berbaju Melayu diberi taklimat dalam satu bilik khas di Pusat Dagangan Dunia (WTC)
Kuala Lumpur.

Beliau turut menyertakan kapsyen: "Perwakilan 'import' diberi taklimat sebelum masuk Dewan Merdeka untuk
menyokong usul 'no contest' (tiada pertandingan).

Dalam video, kedengaran individu memaklumkan arah untuk masuk ke Dewan Merdeka, selain beberapa
perwakilan UMNO bertanyakan mengenai 'password' (kata laluan).

Serentak dengan itu, Ketua Penerangan Umno, Encik Isham Jalil menafikan dakwaan Encik Khairy Jamaluddin konon wujud komplot Dewan Merdeka' untuk meluluskan usul tambahan dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang.

"Dakwaan KJ (Khairy Jamaluddin) itu adalah tidak benar. Saya berda di dalam Dewan Merdeka sekarang, tidak
ada perwakilan import seperti dituduh atau difitnah KJ.

"Beliau pastinya tahu, setiap perwakilan di dalam Dewan Merdeka yang mewakili bahagian masing-masing kenal
sesama sendiri yang duduk di barisan kerusi mereka atau siapa yang duduk di sebelah mereka, “ katanya semasa mengulas dakwaan KJ.

Berikutan itu, beliau meminta Khairy memohon maaf secara terbuka kepada semua perwakilan UMNO kerana
menuduh mereka diimport selain pemeriksa pas masuk
serta Skuad Sabil Pemuda kerana memfitnah mereka tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Megat Zulkarnain Omardin membidas dakwaan
Encik Khairy itu.

Menurut beliau dakwaan mantan Ketua Pemuda itu jelas tidak menunjukkan kematangan dalam berpolitik
lebih-lebih lagi dibuat semasa PAU sedang berlangsung.

"Ini satu tindakan yang cukup memalukan dan saya fikir ia tidak sepatutnya kita sebut dalam Perhimpunan Agung UMNO, “ katanya.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3