Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:29
Maghrib
7:15
Isyak
8:26

Perikatan PM Muhyiddin menang pilihan raya Sabah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Perikatan PM Muhyiddin menang pilihan raya Sabah

Sep 27, 2020 | 08:22 AM

 

 

KOTA KINABALU - Perikatan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memenangi pilihan raya negeri Sabah, sekali gus memperkukuhkan kedudukannya di tengah-tengah cabaran kepimpinan yang diberikan oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Menurut keputusan rasmi, perikatan  Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi sebanyak 38 kerusi dewan negeri - hanya lebih satu kerusi daripada jumlah minimum 37 kerusi yang diperlukan bagi membentuk kerajaan negeri seterusnya, kata laporan The Straits Times. 

Pesaingnya, Parti Warisan Sabah serta sekutu-sekutunya, yang merupakan kerajaan sekarang, memperolehi 32 kerusi manakala calon bebas emenangi tiga kerusi.

Negeri itu mempunyai sejumlah 73 kawasan undi, tambah laporan tersebut. 

Kemenangan di Sabah itu boleh membantu memperkukuhkan usaha Tan Sri Muhyiddin dalam mempertahankan kepimpinannya terhadap Datuk Seri Anwar, yang telah mengatakan beliau memiliki sokongan secukupnya untuk membentuk kerajaan persekutuan seterusnya. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3