WASHINGTON: Perintah telah ditandatangani bagi mengundurkan tentera Amerika Syarikat yang dikerah dalam perang melawan kumpulan pengganasan ISIS di Syria, kata jurucakap tentera Amerika kelmarin.
"Arahan pelaksanaan bagi Syria telah ditandatangani," menurut jurucakap itu kepada AFP, tanpa memberi butiran lanjut.