Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perjanjian eksport bijirin Ukraine dimeterai minggu depan

Jul 15, 2022 | 05:30 AM



ISTANBUL: Ukraine, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Turkey memuji kemajuan yang dicapai dalam rundingan yang bertujuan untuk menyambung semula eksport bijirin yang tersangkut di pelabuhan Laut Hitam yang disekat oleh Russia.



Menteri Pertahanan Turkey, Encik Hulusi Akar berkata satu perjanjian akan ditandatangani minggu depan.



Ankara katanya akan memastikan keselamatan penghantaran transit dan akan bersama-sama memeriksa kargo bijirin di pelabuhan.



Namun Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres berkata lebih banyak kerja diperlukan sebelum perjanjian dimuktamadkan.



"Kami telah melihat satu langkah kritikal ke hadapan dan masih memerlukan banyak semangat muhibah dan komitmen semua pihak," katanya. kata Encik Guterres kepada pemberita di New York.



Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelenskyy kelihatan optimis dalam komennya lewat malam kelmarin.



"Delegasi Ukraine telah melaporkan kepada saya bahawa terdapat kemajuan. Dalam beberapa hari akan datang kami akan bersetuju dengan perincian bersama Setiausaha Agung PBB."



Turkey dan Ukraine berkata pusat penyelarasan bersama dengan Russia dan PBB akan ditubuhkan.



"Tugasnya adalah untuk menjalankan pemantauan umum dan penyelarasan navigasi yang selamat di Laut Hitam," kata ketua kakitangan Zelensky, Encik Andriy Yermak, di Twitter.



Kementerian Pertahanan Russia tidak segera memberikan komen.



Kelmarin delegasi tentera dari Ukraine, Russia dan Turkey bertemu pegawai PBB di Istanbul bagi membincangkan kemungkinan perjanjian menyambung semula eksport bijirin Ukraine dari pelabuhan Laut Hitam utama, Odesa ketika krisis makanan global semakin meruncing.



Turkey bekerjasama dengan PBB bagi menjadi perantara perjanjian selepas pencerobohan Russia ke atas Ukraine pada 24 Februari lalu, yang melonjakkan harga bijirin, minyak masak, bahan api dan baja.



Menurut diplomat, elemen yang dibincangkan termasuk kapal Ukraine memandu arah kapal bijirin masuk dan keluar melalui perairan pelabuhan yang mempunyai periuk api, di mana Russia bersetuju dengan gencatan senjata sementara penghantaran dilakukan.



Selain itu, Turkey yang disokong PBB, memeriksa kapal bagi meredakan kebimbangan Russia terhadap penyeludupan senjata.



Ukraine dan Russia adalah pembekal gandum utama dunia. Russia juga adalah pengeksport baja yang besar dan Ukraine adalah pengeluar minyak jagung serta bunga matahari utama.



Pencerobohan Russia dan sekatan laut ke atas Ukraine menghentikan eksport, menyebabkan puluhan kapal terkandas dan lebih 20 juta tan bijirin tersangkut di Odesa.



Penuaian yang akan datang turut berisiko kerana Ukraine kini kekurangan ruang simpanan akibat penghentian eksport.



Walaupun perjanjian dicapai untuk menyambung semula eksport Ukraine, diplomat berkata, syarikat perkapalan dan insurans akan memerlukan jaminan untuk memulakan semula perdagangan berikutan risiko dalam mengemudi kapal di perairan yang mempunyai periuk api.



Ukraine bimbang tindakan membuang periuk api di pelabuhannya akan menyebabkan negara itu lebih terdedah kepada serangan Russia dari Laut Hitam. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >