PERLIS kini menghadapi krisis perlembagaan menyusuli tindakan sembilan anggota dewan undangan negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) memulaukan majlis pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar di Istana Arau, Kangar, sekitar 11.10 pagi semalam.
Pemulauan itu bertentangan dengan keputusan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, yang mahu Datuk Seri Azlan mengekalkan jawatan itu untuk penggal kedua.