Perompak dibelasah teruk 'mangsanya', seorang petinju wanita UFC

RIO DE JANEIRO : Seorang pencuri dibelasah selepas tersilap langkah dengan cuba menyamun atlet wanita seni bela diri campuran (MMA) yang turut dikenali sebagai ‘Wanita Besi’.

Polyana Viana, juara Ultimate Fighting Championship (UFC) kategori strawweight, menewaskan suspek dengan dua tumbukan serta sepakan, sebelum menggunakan teknik ‘rear-naked choke’ dan memaksa lelaki terbabit duduk sambil menunggu ketibaan polis.

Cubaan menyamun Viana, 27 itu berlaku ketika beliau sedang menunggu kenderaan Uber di luar blok pangsapuri yang dihuninya.

Katanya, suspek mengaku memiliki pistol tetapi tidak sempat melakukan apa-apa apabila Viana bertindak membuka langkah mempertahankan diri.

Selepas menewaskan suspek, beliau mendapati senjata api yang didakwa dimiliki itu hanyalah sebuah replika diperbuat dari kadbod tebal.

Viana turut memuat naik foto suspek yang lebam dan berdarah sementara menanti ketibaan polis.

“Saya rasa dia dalam ketakutan kerana tidak menyangka saya akan bertindak sepantas itu,” katanya dalam laman web MMA Junkie.

Menurut Viana, dia pulang ke rumah untuk menyediakan makan malam selepas suspek ditahan polis dan mengalami sedikit kesakitan di bahagian tangan keesokan hari. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:15
Isyak
8:23
3 HR PSI: 41
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.