Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERPECAHAN DALAM UMNO?

Tidak semua menteri Umno akur letak jawatan

Zahid: Harus lepaskan jawatan untuk taati keputusan parti tarik balik sokongan buat kerajaan PN dan Muhyiddin
Aug 06, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Menteri dan timbalan menteri daripada Umno sepatutnya meletak jawatan daripada Kabinet pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mentaati keputusan parti, kata presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi



Tindakan itu selaras dengan keputusan Umno menarik balik sokongannya buat kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin, ujar beliau kepada Utusan Malaysia.



"Terserah kepada mereka. Kalau patuh pada parti, sila letak jawatan seperti yang dibuat Shamsul (Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah," katanya, lapor akhbar itu.



Datuk Shamsul meletak jawatan sebagai menteri tenaga dan sumber semula jadi Selasa lalu, sejurus sebelum Datuk Zahid mengumumkan keputusan majlis kerja tertinggi (MKT) Umno menarik balik sokongan parti itu.



Sekarang terdapat lapan menteri Umno dalam kabinet PN, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.



Parti itu juga mempunyai tujuh timbalan menteri.



Datuk Zahid turut membangkitkan soal Datuk Ismail Sabri, naib presiden Umno yang tampil berdiri bersama Tan Sri Muhyiddin, yang akan berdepan 'akibat' tindakannya menentang keputusan MKT.



Bercakap kepada The Vibes, Datuk Zahid berkata Datuk Ismail pada mulanya bersetuju akan patuh keputusan parti.



"Ismail Sabri berada dalam mesyuarat dan bersetuju dengan keputusan MKT untuk tarik sokongan daripada PN, malah memberitahu ahli MKT yang beliau akan menuruti keputusan parti.



"Sebarang tindakan yang bakal dikenakan ke atas beliau akan dibuat berpandukan perlembagaan parti," ujar beliau.



Datuk Zahid menambah bahawa beliau akan menyerahkan kepada lembaga disiplin Umno, yang diketuai Datuk Zulhasnan Rafique, untuk memutuskan tindakan terhadap Datuk Ismail.



Timbalan Perdana Menteri itu berdiri di sebelah Tan Sri Muhyiddin kelmarin ketika presiden Bersatu itu mengumumkan beliau masih mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat dan bersedia berdepan undi percaya pada sidang Parlimen bulan depan.



Sehari sebelum itu, 11 ahli parlimen (AP) Umno, termasuk Datuk Zahid, menarik balik sokongan mereka bagi Tan Sri Muhyiddin.



Datuk Zahid, AP Bagan Datuk, sejak itu memberi gambaran bahawa lebih ramai pemimpin Umno akan menarik balik sokongan mereka bagi Tan Sri Muhyiddin.



Bagaimanapun, seorang menteri Umno, Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa, dilapor Bernama TV sebagai berkata malam kelmarin bahawa menteri daripada parti itu tidak perlu mematuhi keputusan parti kerana mereka bertanggungjawab berkhidmat kepada rakyat dalam pandemik Covid-19 ini.



"Katakanlah Khairy Jamaluddin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga menteri penyelaras program imunisasi Covid-19 nasional) tengah sibuk dengan vaksinasi. Tiba-tiba keluar kerajaan. Macam itu ke tanggungjawab kita?



"Kebetulannya semua menteri Umno. Oleh kerana satu perintah, kita kena tinggalkan sebegitu. Tak boleh begitu. Kita kena duduk. Fikir betul-betul. Yang mana dahulu yang mana kemudian. Yang mana nak sokong atau tidak. Ada tempoh sebulan lagi sebelum Parlimen bersidang," katanya.



Sementara itu, majlis presiden pembangkang Pakatan Harapan (PH) semalam mendakwa Tan Sri Muhyiddin tidak bercakap benar dan mengelirukan Yang di-Pertuan Agong berhubung isu sokongan majoriti AP Dewan Rakyat, sewaktu sesi menghadap di Istana Negara kelmarin.



Dalam satu kenyataan, majlis itu mendakwa mereka telah membuat perkiraan teliti bersama rakan-rakan daripada parti pembangkang dan semua yang tidak menyokong Perdana Menteri.



Ia menambah bahawa tindakan Tan Sri Muhyiddin adalah satu penderhakaan tertinggi terhadap Agong dan tidak patut dimaafkan.



"Perkara ini boleh disahkan tanpa sebarang keraguan dengan mengadakan sidang khas Parlimen dengan satu urusan sahaja, iaitu membentang, membahas dan memutuskan undi tidak percaya terhadap Tan Sri Mahiaddin (nama sebenar Tan Sri Muhyiddin).



"Kami berpandangan mesti ada tindakan tegas terhadap penipuan yang dilakukan di peringkat tertinggi sehingga sanggup tidak bercakap benar dan mengelirukan Seri Paduka Baginda," kata kenyataan itu. - Agensi berita.




"Katakanlah Khairy Jamaluddin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga menteri penyelaras program imunisasi Covid-19 nasional) tengah sibuk dengan vaksinasi. Tiba-tiba keluar kerajaan. Macam itu ke tanggungjawab kita? Kebetulannya semua menteri Umno. Oleh kerana satu perintah, kita kena tinggalkan sebegitu. Tak boleh begitu. Kita kena duduk. Fikir betul-betul. Yang mana dahulu yang mana kemudian. Yang mana nak sokong atau tidak. Ada tempoh sebulan lagi sebelum Parlimen bersidang."
- Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa, daripada Umno.



"Kalau patuh pada parti, sila letak jawatan seperti yang dibuat Shamsul (Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah yang meletak jawatan sebagai menteri tenaga dan sumber semula jadi). Ismail Sabri (Timbalan Perdana Menteri) berada dalam mesyuarat dan bersetuju dengan keputusan MKT untuk tarik sokongan daripada PN, malah memberitahu ahli MKT yang beliau akan menuruti keputusan parti. Sebarang tindakan yang bakal dikenakan ke atas beliau (kerana masih menyokong Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin) akan dibuat berpandukan perlembagaan parti."
- Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >