GEORGETOWN: Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini bakal menyaksikan persaingan empat penjuru membabitkan calon DAP, Parti Cinta Malaysia (PC) dan dua calon Bebas.
Calon yang bertanding adalah Encik Ramkarpal Singh, 38 tahun, (DAP); Naib Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan, 53 tahun; ahli PAS, Encik Mohamed Nabi, 63 tahun, dan peguam Encik Abu Backer Sidek Mohamad Zan, 46 tahun.