Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

IS persenda Trump

Apr 05, 2017 | 10:43 AM



NEW YORK (Amerika Syarikat): Lebih dua bulan selepas Encik Donald Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika, jurucakap kumpulan pengganas Negara Islam (IS) semalam menyiarkan kenyataan rasmi pertama mereka dalam bentuk rakaman audio, yang mana mereka menyifatkan Encik Trump sebagai seorang 'dungu'.



Dalam kenyataan audio itu juga, mereka turut mempersendakan serangannya ke atas Muslim.



Akhbar The New York Times yang melaporkan tentang kenyataan itu semalam (4 Apr), menyatakan bahawa Encik Trump bagaimanapun dicerca secara tidak langsung.



"America, anda telah lemas dan tidak ada penyelamat; anda telah menjadi mangsa tentera khalifah di setiap bahagian dunia; anda muflis, dan tanda-tanda kematian anda adalah jelas kepada semua yang memandang," kata jurucakap itu yang terjemahannya dibuat oleh agensi berita Reuters dan ditukil akhbar The New York Times.



"Tidak ada bukti lain selain hakikat bahawa anda dipimpin seorang yang dungu yang tidak tahu apa itu Syria atau Iraq atau Islam."



Beberapa pakar terorisme telah menyifatkan kenyataan dan dasar-dasar Encik Trump - terutamanya larangan beliau ke atas visa untuk orang-orang dari beberapa negara majoriti Muslim - sesuatu yang berpotensi dijadikan propaganda oleh Negara Islam, juga dikenali sebagai ISIS atau ISIL.



Kumpulan ini sejak lama telah menyatakan bahawa Muslim merupakan mangsa diskriminasi dan penganiayaan di Barat, dan penyokong serta anggota Negara Islam telah memanfaatkan beberapa kenyataan Encik Trump sebagai bukti tentangannya terhadap Muslim.



"Saya memohon kepada Allah agar memberikan Amerika kepada Trump," kata seorang penyokong ISIS semasa kempen pilihan raya presiden dalam pos di talian khidmat komunikasi, Telegram, yang diarkibkan oleh Mara Revkin, seorang zamil tetap di Pusat Abdallah S. Kamel bagi Pengajian Undang-Undang dan Tamadun Islam di Sekolah Undang-Undang Yale.



Semasa ofensif Mosul, seorang warga yang terperangkap dalam sebuah kawasan di bandar di bawah kawalan ISIS memberitahu The New York Times menerusi telefon bahawa anggota bersenjata kumpulan itu secara berjenaka menyifatkan perintah eksekutif Encik Trump bagi larangan perjalanan ke Amerika sebagai "satu larangan yang dirahmati".



Amarnath Amarasingam, seorang zamil penyelidik kanan di Institut bagi Dialog Strategik di London, telah mewawancara penyokong ISIS berkenaan kesannya.



"Matlamat jangka panjang ISIS adalah untuk membiarkan Amerika Syarikat memakan dirinya sendiri dari dalam - biarkan ia berlaku," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >