Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penternak ayam gesa menteri huraikan isu

Dec 04, 2022 | 04:36 PM



PETALING JAYA: Para penternak ayam dan pekebun ingin Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan baru yang dilantik, untuk bertemu mereka agar dapat memahami situasi dengan lebih baik dan membantu menghuraikan isu lama dalam industri tersebut.



Penasihat Kehormat Persatuan Penternak Ayam Selangor, Datuk Ishak Mat Arif, berharap Encik Mohamad Sabu akan dapat menyelesaikan isu berkaitan harga ayam, yang telah memberi tekanan ke atas para penternak.



Datuk Ishak berkata harga tinggi masa kini – RM9.40 ($2.90) bagi setiap kilogram telah menyukarkan para penternak untuk mengekalkan peniagaan memandangkan kos makanan ayam telah meningkat sejak tiga tahun lalu daripada RM80 bagi 50 kilogram kepada RM135.



“Kami harap dengan adanya menteri baru ini, harga ayam akan dapat ditentukan kepada kadar yang berpatutan, sesuai dengan orang ramai dan mampan bagi penternak.



“Kami harap penternak tidak akan diketepikan memandangkan kami membekalkan sumber murah protein kepada masyarakat,” ujarnya lagi.



Datuk Ishak berkata membawa masuk lebih banyak ayam import, yang telah menjejas harga pasaran setempat juga telah menjejas penternak, dan ramai yang tidak akan mempunyai pilihan daripada menutup kebun mereka.



“Kebergantungan kita (kepada ayam import) adalah tidak sihat dalam jangka panjang,” tambah beliau.



Lantas Datuk Ishak menggesa kerajaan agar menimbangkan kemungkinan menaikkan harga jualan ayam atau sediakan subsidi buat penternak.



“Dalam jangka panjang, ini akan membantu menstabilkan harga dan penternak akan terus menternak ayam,” katanya lagi.



Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Encik Muhammad Fuad Yaacob, pula melahirkan harapan agar usaha akan dilakukan bagi melengkapi penanam padi dengan teknologi bagi mendorong industri tersebut.



“Kami harap pihak kementerian akan mengutamakan penanam padi, terutamanya generasi muda, dengan menawarkan mesin dan dron agar industri ini boleh maju ke hadapan,” ujar beliau.



Encik Muhammad Fuad juga berharap agar menteri baru itu akan mengutamakan pelbagai isu berkaitan industri tersebut, yang merupakan salah satu sektor penting bagi keselamatan makanan nasional. - TheStar




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >