PADA 10 malam terakhir Ramadan, umat Islam mengambil peluang untuk pertingkat ibadah. Namun, ada juga yang sudah mula membuat persiapan Hari Raya.
Hujung bulan lalu, umat Islam di seluruh dunia, dari Asia Tenggara hingga ke Timur Tengah, telah bermula menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan.
Semasa tempoh ini, ramai di antara mereka menunaikan solat terawih pada waktu malam dan menahan diri daripada makan dan minum ketika matahari terbit hingga terbenam.
Namun pada 10 malam terakhir Ramadan, ramai yang meluangkannya secara berbeza.
Ada yang sibuk mengunjung bazar untuk mendapatkan pakaian sedondon bersama keluarga atau membeli langsir baru untuk menghiasi rumah.
Ada pula yang sudah memulakan "barisan pengeluaran kuih" khas untuk menghasilkan kuih-muih yang istimewa bagi keluarga dan rakan-rakan.
Selain itu, ada juga yang menggandakan amal ibadah pada hari-hari terakhir Ramadan.
Berita Harian (BH) meninjau beberapa negara di seluruh dunia untuk melihat bagaimana mereka meluangkan hari-hari terakhir Ramadan.