Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pertahanan di Asia, Indo-Pasifik dipertingkat

Sep 17, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Dalam satu perkembangan paling penting antara tiga negara dalam beberapa dekad - selain isyarat jelas bahawa pertahanan di Asia dan Indo-Pasifik sedang dipertingkat terhadap apa yang dilihat sebagai ancaman meningkat China - Australia, Amerika Syarikat dan Britain kelmarin mengumumkan satu perkongsian keselamatan tiga hala yang baru.



Ini antara lain akan mempertingkatkan kapal selam Australia menjadi armada bertenaga nuklear, sekali gus memperluas jangkauan dan kemampuannya.



Aturan baru itu adalah "mengenai mempererat kerjasama pada pelbagai kemampuan pertahanan bagi abad ke-21", kata seorang pegawai kanan pentadbiran AS kepada wartawan, lapor The Straits Times (ST).



Presiden Amerika Syarikat Joe Biden - bersama Perdana Menteri Britain Boris Johnson dan Perdana Menteri Australia Scott Morrison menyertainya secara maya - mengumumkan perincian pada Rabu petang di Washington.



Perkongsian itu akan mendorong kerjasama dalam banyak arena baru termasuk siber, kecerdasan buatan, teknologi kuantum dan beberapa kemampuan bawah laut, kata para pegawai.



"Kami juga akan berusaha memperdalam perkongsian maklumat dan teknologi, dan saya fikir anda akan melihat usaha lebih berdedikasi untuk meningkatkan integrasi keselamatan dan sains pertahanan, teknologi, pangkalan industri serta rantaian bekalan," kata seorang pegawai itu.



Perjanjian itu, dengan singkatan Aukus, tidak ditujukan pada China, tegas pegawai kanan pentadbiran Biden - menyifatkannya sebagai sebahagian kesinambungan penglibatan AS di rantau itu dan pakatannya dengan Australia dan Britain.



"Ini adalah tentang usaha lebih besar untuk mempertahankan struktur keterlibatan dan pencegahan di Indo-Pasifik," kata seorang pegawai kanan lain, sambil menambah: "Kami memiliki sejarah peningkatan inovasi keupayaan. Saya menggesa anda untuk melihatnya dalam konteks ini."



"Salah satu perkara yang telah dilakukan Amerika Syarikat dengan paling berkesan di Indo-Pasifik adalah menjamin keamanan dan kestabilan dan menjadi penjamin utama peraturan berdasarkan undang-undang itu.



"Ini membolehkan Australia berperanan pada tahap jauh lebih tinggi dan melengkapi kemampuan Amerika yang serupa. Ini adalah mengenai menjaga keamanan dan kestabilan di Indo-Pasifik."



Mengenai peranan Britain, pegawai itu menyatakan "keinginan Britain adalah untuk meningkatkan peranannya di Indo-Pasifik".



"Jelas sekali, Britain mempunyai ... hubungan sejarah yang mendalam dengan Asia.



"Saya fikir mereka telah menunjukkan kepada kami bahawa mereka ingin melakukan lebih banyak lagi pada masa depan."



Setakat ini, Australia mempunyai kapal selam konvensional, yang mesti timbul ke permukaan air secara berkala dan mempunyai jangkauan terbatas, dan ini dianggap sebagai tidak setanding dengan keupayaan maritim China yang semakin meningkat.



Meningkatkannya kepada tenaga nuklear akan menyumbang kepada kemampuan kapal selam Australia untuk beroperasi pada jarak jauh dan secara senyap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >